Followers

Thursday, June 28, 2012

hoore ! hoore !




baru kesempatan menonton filem hoorey! hoorey!. mama lynn bukan nak review tentang filem ini tetapi sekadar ingin berkongsi pandangan. filem muzikal ini dedikasikan kepada Allahyarham sudirman bin hj arsyad.

filem wajib tonton penggemar filem melayu kerana bukan sekadar tarikan muzikal yang ditampilkan malah jalan cerita sedikit sebanyak menyentuh hati dan memberi pengajaran kepada kita. lagu-lagu yang dimainkan membuai ingatan kita pada era kegemilangan arwah sudirman.

mama lynn sangat tertarik dengan watak nurul aiman yang sangat bersahaja. terdetik juga di hati ini, alangkah bagusnya jika tiada gadis melayu yang sengaja control ayu dihadapan lelaki. watak nurul aiman tidak perlu cantik setiap masa, yang dizahirkan adalah peribadi diri seorang gadis melayu. rasa touching bila tengok keazaman nurul aiman untuk bergelar ratu idola.

dari 5 bintang, mama lynn bagi 4 bintang =)

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

smash - i heart you


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

cash out : lambat lagi la


nak nangis guling2 ni. alahai lemah tengok earning kat nuffnang ni. adess macam kena tembak ngan senapang patah pun ada. baru ada rm 7.60. berapa lamakah penantian diri ni untuk cash out. warggghhh jom klik iklan, tolong mama lynn buat overtime =)

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Segmen:Bloglist Julai Pecinta Pink

sila klik SINI untuk bersegmen

segmen menarik untuk mama lynn support dan turut serta. untuk segala syarat penyertaan boleh la singgah ke blog Nor Aidatul Akmar .


ada soalan yang perlu mama lynn jawab.

Apakah Blog pilihan korang?
blog pilihan mama lynn adalah blog "intan berlian" .


Tarikh tutup segmen:30 Jun 2012 iaitu tepat jam 2 petang
( ada masa lagi ni  !!!)


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

spontaneous thursday 19


p/s : pada yang masih bujang di luar sana, anda tidak perlu gusar lagi =)
♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Wednesday, June 27, 2012

selasa yang panjang dan penat

penat
masih terasa penat dan letih. masakan tidak, tiga hari ni jadual harian agak padat. sedari jumaat lepas mama lynn rasa tidak cukup rehat, tidak cukup tidur juga. letih dan penat.

semalam sempat ke melaka sekejap. pagi2 masuk kerja mama lynn dah isi borang keluar pejabat. ke melaka atas urusan mengambil adik (amirah a.k.a myra) di kolej universiti islam melaka (KUIM) yang terletak di kuala sungai baru. pagi ni adik mama lynn menghadiri temuduga bagi jawatan pembantu tadbir (N17) .

kereta rosak
perjalanan ke melaka semalam agak mencabar dan banyak sangat dugaan sebenarnya. sebelum perjalanan lagi kereta kakak mama lynn  yang sepatutnya digunakan ke melaka rosak di tepi jalan berhadapan SACC mall. hp mama lynn pula kebetulan dah flat. jenuh la mama lynn menunggu kakak di rumahnya dan dia pula terpaksa menunggu abang ipar datang melihat kerosakan kereta.  setengah jam menunggu baru kakak mama lynn muncul. nak tak nak terpaksa jugak drive myvi ke melaka. kalau ikutkan cluth myvi pun dah nak habis, plan sebenar dalam masa terdekat nak hantar ke bengkel. abang ipar pulak terus bawak myvi untuk diperiksa sebelum digunakan untuk perjalanan jauh. mujur juga mekanik di kedai tu beritahu masih boleh dipandu.

hujan lebat
kami bertolak ke melaka lebih kurang pukul 2.30 petang.  selepas dengkil hujan dah mula turun dengan lebatnya . aircond myvi memang sedia rosak. sangat merbahaya memandu dalam keadaan begitu, ditambah pula dengan angin kencang. mama lynn sempat singgah di RNR seremban untuk berehat kerana takut nak memandu. apatah lagi kabus pun dah mula tebal dan keadaan cuaca mulai gelap. dugaan Allah. selepas 15 minit baru lah mama lynn menyambung perjalanan ke melaka. bila pandang meter paling laju berani pergi pun sekadar 80. biar lambat asalkan selamat.

mujur juga separuh perjalanan hujan pun dah reda. kami sampai di KUIM lebih kurang pukul 4.45 petang. agak lambat macam siput tapi itu lebih baik daripada mempertaruhkan nyawa di jalan raya. sempat singgah untuk solat asar di masjid KUIM. pukul 5.20 petang kami bertolak pulang ke shah alam. sampai shah alam pula lebih kurang pukul 7.00 malam. mama lynn dan kakak bersama-sama adik dan anak buah singgah makan di KFC alam sentral. selepas makan singgah solat maghrib dan isyak di surau MBSA. (kakak mama lynn kurang sihat , sempat la dia tidur di surau dan mama lynn awal-awal tunaikan solat isyak.)

sampai rumah
mama lynn sampai rumah mak (di kapar) lebih kurang pukul 1.00 pagi. kenapa jadi lambat ? kebetulan adik mama lynn yang seorang lagi, filzah habis bekerja pukul 11.30 malam. nak kena ambil dia di rantau panjang. kerana malas nak keluar balik, mama lynn decide lepak kejap di rumah kakak (sek 24, shah alam). lebih kurang pukul 11.45 malam baru mama lynn dan myra bertolak ke rantau panjang. cerita tak habis di situ, mama lynn kena pula ajar myra jalan ke ofis kakaknya itu. tu pun sebab kebetulan filzah perlu menghadiri temuduga pada hari yang sama dengan adiknya tapi dia di pejabat pos besar shah alam. letih kan .

sampai rumah mandi2 terus masuk tidur. semoga keduanya berjaya di dalam temuduga. insya Allah. sebagai kakak, ini sahaja yang dapat mama lynn lakukan untuk mereka. sentiasa menyokong dan memberi bantuan apa yang termampu.  biar kita berkorban sedikit untuk mereka asalkan ruang untuk masa depan mereka cerah.

p/s : entri panjang sangat.. hehe sama macam apa yang mama lynn tempuh semalam.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

GIVE AWAY DOMAIN | FIRST! - Seconds Years Aniversary

klik SINI untuk join segmen

dah lama x bersegmen, terjumpa pula segmen ni di blog aida omar . memandangkan syarat yang diberikan oleh en kazen pun senang , rasa cepat2 jugak nak menyertakan diri ni.


jom kita tgk syarat2 bersegmen :

1. Buat satu entry mengenai GA ini dan linkkan ke entry GA beliau dan harus ada banner yang smart tu.
2. Nak follow blog/facebook pun boleh tak nak pun boleh.
3. Dah siap tinggalkan je link entry korang dalam ruangan komen entry GA beliau. 


p/s : kredit untuk aida omar =)


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

wordless wednesday 20


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Tuesday, June 26, 2012

aida omar, saya suka sangat

jutaan terima kasih buat aida omar yang da buat blog mama lynn kelihatan super awesome. sangat2 berpuas hati. wahhh bahagianya diri ni =).

buat semua kawan2 blogger yang memerlukan bantuan untuk make over blog bolehlah hubungi cik aida omar untuk bantuan. jujur suka ngan header baru yang da lama jadi idaman tu . dah lama nantikan nak ada blog macam ni =) senyum x abis lagi ni.


entri pendek : penghargaan buat si tukang design

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Tips Membersihkan Hati

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati." - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir


selalu rasa hati ni tak cukup kuat untuk berbaik sangka atau berfikiran yang positif. seringkali juga diri sendiri menghakimi luaran seseorang tanpa kita mengenal peribadinya dengan terlebih dahulu. mama lynn tidak terlepas dari situasi begini, susah bukan ada perasaan begini. susahnya untuk menjadi lebih baik.

kita cuba ikhlaskan diri pada orang lain, tapi seringkali juga keihlasan kita tidak dihargai. perlukah kita terus kecundang jika berada dalam situasi ini. jangan sesekali berputus asa. berusaha dan terus berusaha dan jangan lupa untuk mendoakan kebaikan bersama. itu yang mama lynn mahu terapkan dalam diri. mama lynn bukanlah seorang pendendam. tidak mahu jadi seperti itu.
sempat mama lynn buat sedikit carian berkenaan cara membersihkan hati di ejen carian yahoo. moga dengan tips-tips di bawah ini dapat membersihkan hati kita. insya Allah.
Bagaimana kita nak membersihkan hati dan mengurangkan sikap-sikap negatif step-by-step? Ikuti tips di bawah ni :
  • Beribadat dengan benar, seikhlas hati
  • Berakhlak baik
  • Menimba ilmu tanpa henti
  • Bekerja keras cara bijak
  • Bersederhana dalam hidup
  • Ringan tangan membantu sesiapa sahaja
dua tips tambahan  :

Pertama, maafkan orang lain sebelum tidur, ikhlaskan hati dan lupakan kesalahan orang lain yang pernah menyakitkan hati Anda. Dengan ini, dapat mencuci hati dan membentuk diri kita menjadi orang yang berfikiran positif.

Selagi tak melatih diri untuk memberi kemaafan, selagi tu Anda akan berfikiran negatif dan turut menarik segala situasi negatif supaya muncul dalam hidup kita. Kuasa minda tak mengenal negatif dan positif, janji ia dah bersarang dalam minda Anda, itulah yang akan ditariknya.

Kedua, sentiasa panjatkan rasa syukur atas apa yang kita ada sekarang ni, fizikal kita, harta benda milik kita, kerjaya kita (termasuk gaji kita!) dan keluarga kita. Dalam surah Ibrahim ayat ke 7, Allah berfirman bahawa lebih banyak Anda bersyukur, lebih banyak juga nikmat yang akan ditambahkan ke dalam hidup Anda.

-SUMBER
♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Solekan Wanita Muslimah


1) Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

2) Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
3) Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.
4) Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
5) Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.
6) Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.
7) Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian."

8) Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu."


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

wajah baru http://mamalynnthestoryteller.blogspot.com/

macam mana, ok tak wajah baru blog mama lynn ni. adakah lebih kemas dan teratur daripada dahulu ? harap2 ada yang menyukai perubahannya.

blog mama lynn ini telah ditata rias oleh seorang blogger yang akan mama lynn introduce kemudian. secara berbayar lagi tapi mama lynn tak sempat nak hubungi beliau lagi untuk terma pembayaran.

puas hati dengan hasil kerja beliau. pink / purple menjadi pilihan untuk theme blog ini. moga mood blogging bertambah2 baik selepas ini.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Monday, June 25, 2012

alor setar - sg petani - kulim

tak banyak cerita yang nak di updated. nampak gaya mood malas untuk blogging dan melanda diri ni. cerita exam alhamdulillah macam orang lain jugak, ade yang boleh jawab dan ada yang teragak-agak untuk dijawab. a bit susah untuk orang yang dah lama x pergi skolah + tinggalkan alam pelajar.

mama lynn bertolak ke alor setar dari kulim petang jumaat lepas. perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam lebih. tu pun pasal nak save bajet, kami ikut jalan biasa. bila dah sampai alor setar, tempat pertama di tuju adalah kolej universiti insaniah. menjejak lokasi exam dahulu sebelum mencari tempat menginap. mujur juga GPS hp mama lynn berfungsi dengan baik. en suami yang kebetulan memang biasa jalan di alor setar tidak mengambil masa yang lama untuk mencari kolej tersebut.

selesai mencari lokasi exam, lokasi tempat menginap pula dicari. dengan bajet bawah rm100.00 / malam dapat juga kami tidur dalam keadaan yang selesa. dah rasa macam pergi bercuti la pulak. anak2 yang turut ikut bersama bukan main gembira lagi. dapat tidur hotel lah katakan. lokasi hotel bajet adalah di kawasan shahab perdana, alor setar. betul2 depan radix fried chicken (still tak sempat nak singgah rasa RFC) .

aktiviti malam sekadar keluar makan malam. mujur pilihan kami adalah tepat kerana masakan yang disediakan cukup menyelerakan. makan untuk 4 orang dengan menu goreng2 baru rm26.90 . kira berbaloi dan murah.

pagi sabtu tu, mama lynn berjaya menghadirkan diri untuk exam. berdebar2 jugak dibuatnya. alhamdulillah segalanya telah selesai. jujur untuk paper A , mama lynn tidak begitu berharap . paper B rasanya memang score kerana melibatkan soalan matematik (saya sangat suka mengira).

ikutkan plan asal lepas exam baru nak meronda di bandar alor setar tapi plan kami terpaksa di tukar. kena balik sg petani untuk ambil ibu mertua di rumah abang ipar. itu pun kerana adik arwah ayah mertua (kalau tak salah perkaitannya dengan keluarga suami) masuk wad ICU di hospital kulim. sebelum zuhur dah sampai sg petani. lebih kurang pukul 3.30 petang selepas selesai solat dan makan tengahari baru kami bertolak pulang ke kulim. sempat meluangkan masa hampir 2 jam di hospital kulim. kebetulan masa ni la dapat berjumpa saudara mara. pertemuan dilanjutkan lagi di rumah ibu mertua mama lynn. adik beradik belah ibu mertua datang makan malam. riuh rendah rumah dibuatnya. ape pun berkumpul macam ni lah baru trill. seronok.

agak panjang entri kali ni. dalam pada tiada cerita untuk di updated mama lynn sempat berkongsi cerita dengan cukup detail. semalam mama lynn bertolak pulang dari kulim lebih kurang pukul 11.00 malam. seawal perjalanan dari rumah , air mata ni dah menitik. manakan tidak, sekali lagi perlu berjauhan dari yang tercinta. "moga Allah swt mempermudahkan urusan dalam rumahtangga kami. amin " . rasa bila dah genggam jari-jemari suami, berat untuk dilepaskan. akan mula merindu. dan pagi tadi alhamdulillah selamat sampai di shah alam lebih kurang pukul 4.40 pagi, mama lynn ambil cab ke seksyen 24 (rumah kakak). sempat juga sambung tidur sekejap then bersiap pula untuk bekerja. sayang rasanya nak ponteng kerja.

sedikit gambar untuk tatapan semua  =)

sempat ambil gambar, berani sungguh !!
candid : en suami saya
pandangan luar dewan exam
anak bujang yang sibuk ngan kunci bilik
anak dara tersayang
 

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

en suami


lama tak tayang muka en suami dalam blog ni. ni gambar terbaru kami yang diambil sebelum mama lynn attend exam SPA di kolej universiti insaniah, alor setar. pagi2 da ajak en suami bergambar. setelah sekian lama x bergambar sama sebenarnya. en suami saya membesar dengar sihat =) .

ABU YAZLI BIN ABU BAKAR

(sayang sayang abang )

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Saturday, June 23, 2012

exam spa

ketika entri ini dibaca mama lynn mungkin sedang menikmati sarapan pagi bersama anak-anak dan keluarga di kampung. perjalanan dari klang ke kulim sekali lagi mama lynn tempoh lewat malam tadi. pagi2 hari dan menjejakkan kaki di kampung halaman suami tercinta. sangat bahagia untuk beberapa hari ini. itulah harapan seorang isteri bila dekat dengan suami yang tercinta.

pulangnya ke kampung kali ini membawa seribu harapan. bermadah puitis mama lynn kali ini. sebenarnya esok (sabtu, 23.6.2012) mama lynn perlu menghadiri peperiksaan bagi memasuki skim perkhidmatan penolong akauntan gred W27. pada yang kurang pasti, ada mama lynn kongsikan berita ni di entri LEPAS . debaran di dada masih terasa. kerisauan lebih berganda bila fikirkan mama lynn tidak membuat persediaan yang cukup rapi sebenarnya. risau juga bila fikirkan apakah soalan-soalan yang bakal keluar.

mujur juga soalan exam nanti berbentuk objektif.
mood : lega rasanya tapi TAKUT

even ada masa 2 minggu lebih , jujurnya mama lynn sendiri kurang arif tentang skop soalan yang bakal mama lynn jawab. cuma sempat mencari nota-nota untuk di rujuk di saat akhir. moga ianya tidak menyukarkan diri ni. ini adalah langkah pertama untuk mama lynn bertapak di tempat yang lebih baik.

mood di hari jumaat sementara menunggu waktu untuk bertolak ke alor star adalah bersantai di samping anak2 tersayang. sambil tu masih tersisa sedikit masa untuk sedikit ulang kaji. berdebar!!! sangat berdebar sebenarnya.

mama lynn akan updated cerita di kampung awal minggu depan, insya Allah. kemudahan internet yang terhad menyukarkan mama lynn nak blogging di sini. masa untuk keluarga =) , itu yang lebih utama.

doakan mama lynn berjaya. amin


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Thursday, June 21, 2012

Panduan Memilih Isteri

nikah Panduan Memilih Isteri


“Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana Allah, bermusuhan kerana Allah, cinta kerana Allah dan membenci kerana Allah.” (Hadis Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas r.a)

“Barangsiapa yang diberi Allah seorang isteri yang solehah, sesungguhnya telah ditolong separuh agamanya. Dan hendaklah bertaqwa kepada Allah separuh lainnya.”(Hadis Riwayat Baihaqi)

Berikut adalah panduan-panduan untuk memilih calon isteri.
(dipetik dari iLuvislam)

Elakkan Dari Berkawan Dengannya

Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya ‘baik, sopan dan elok’ apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa:

 
‘Yang bercahaya tidak semestinya emas’ dan ‘Yang cantik tidaklah semestinya permata’. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya. Di atas kejelitaan yang tiada tara bergantunganlah kehancuran yang tiada tara. (Bidalan ltali).


Lakukan Risikan Secara Rahsia

Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis. Risikan rahsia ini adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri. Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas.


Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya. Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.

Kejelitaan dan kegembiraan tidak akan bersatu lama. -Goethe

 
Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil ‘merisik’ ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan ‘menyelidik’ dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkah lakunya di depan mata.
Cari Yang Duduk Bersama lbu bapa

Sebenarnya alam gadis terdedah kepada pelbagai gejala yang tidak begitu menyenangkan. Terdapat lebih banyak unsur negatif dari yang positif di luar rumah, malah, bagi sesetengah keluarga ianya berlaku dalam rumah sendiri. Si gadis, yang masih dalam peringkat belajar hidup mudah terpengaruh kepada unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan kesuciannya serta kebaikan perangainya. Ini kerana unsur-unsur negatif biasanya memberikan keseronokan dan nikmat tetapi kenikmatan ini berakhir sebentar saja disusuli pula oleh sesalan dan kemuraman mungkin seumur hidup.

 

Wanita jelita tidak bernasib baik dan teruna yang bijak tidak cantik. – Bidalan Cina

 

Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga

Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi. Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi ‘wanita’ dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti. Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.


 
Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua

Selidiklah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua. Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibu bapa anda. Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.

 
Kejelitaan wanita, gema hutan dan pelangi, akan wujud sebentar saja. – Bidalan Jerman

Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan

Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu lbu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga. Bagi gadis yang mudah ‘lupa’ masa inilah mereka akan jadi rosak. Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki. lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.

 

Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki

Pada zaman dahulu, ada ibu bapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah. Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas. Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang.


Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.

Wahai si jelita jangan banggakan wajahmu, ianya hanya tamu yang akan berundang beberapa hari saja.- Bidalan Hindustan

Cari Yang Didikan Agamanya Cukup

Beredarnya zaman perlu mengambil kira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam. Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu. Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya. Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.


Kadangkala lebih baik wanita buta dari wanita yang terlalu jelita. – Bidalan Serbia

Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama

Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama. Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama.


Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu. Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang ‘tak boleh tahan’. Tapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula!

Bertunang Jangan Lama

Bila anda sudah melamarnya, jangan tunggu lama-lama. Nikahlah dengan segera kerana gadis jelita, ramai yang ingin menggodanya. Elakkan dari membawanya ke sana-sini kerana ini akan menerbitkan cemburu di hati lelaki yang jahat serta membahayakan keselamatan si gadis.

 
Petua orang tua-tua, kalau boleh, semasa bertunang perlulah berahsia, semasa bernikah perlulah dihebahkan agar semua orang tahu.

Katakan kepada wanita bahawa dia jelita, dan syaitan akan mengulangi kata itu kepadanya sepuluh kali. – Bidalan Itali

Kahwini Dia Ketika Usianya Masih Muda

Hal lni mungkin dianggap satu kontroversi oleh ramai orang tapi ia merupakan kebenaran yang sukar untuk dinafikan. Mengahwini gadis jelita ketika umumya masih muda remaja dapat membantunya agar selamat dari godaan dan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Ramai gadis jelita yang telah rosak kerana merosakkan diri atau dirosakkan. Ibu bapa seharusnya melepaskan anaknya untuk dikahwini lebih awal dan jangan membuat alasan bahawa anaknya masih belajar atau baru bekerja.

 
Seorang gadis, sama ada dahulu ataupun sekarang, layak berkahwin blia dia sudah berumur kira-kira 13 tahun. Ramai orang mungkin berflkir anda gila mengahwini gadis semuda itu, tapi siapakah sebenarnya yang gila jika gadis jelita seperti ltu besar kemungkinannya akan ternoda? Cuma, ibu bapa patutlah mempastikan bahawa anak gadis mereka mendapat suami yang baik serta bertanggungjawab.

 
Wanita jelita yang kurang bernasib baik akan berjumpa lebib ramai pencinta berbanding suami.- Bidalan Jerman

Elakkan Dari Terlalu Cemburu

Memang sudah menjadi adat dunia, gadis yang cantik jelita memang menjadi idaman teruna, suami orang mahupun duda. Elakkan dari menaruh perasaan cemburu. Yang penting ialah sejauh manakah anda telah bertindak untuk memilikinya. Bila si gadis telah menjadi isteri anda, didiklah dia agar dia menjaga kehormatannya serta taat pada agama.

 
Layan Dia Dengan Baik

Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis tidak memandang pada paras rupa anda. Yang penting bila anda berkahwin dengannya ialah cinta anda kepadanya. Cinta bukan bermakna anda mahu ambil bulan bawa ke ribanya atau selalu melakukan seks dengannya. Cinta pada wanita ialah memahami jiwa mereka dan melayani mereka dengan baik. Bila dia sudah cinta pada anda seluruh jiwa raganya, dia tidak akan mudah tergoda dengan lelaki lain. Dia akan hanya anggap anda sebagai pengarang jantung dan buah hatinya.


Kejelitaan wanita yang tidak berguna itu ibarat racun dalam cembul emas.- Bidalan Tamil

Bertanggungjawab

Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis mahukan lelaki yang mampu menjaganya dengan baik, menguruskan kebajikannya serta memimpinnya menjadi wanita yang baik serta taat pada agama. Lelaki yang mereka mahukan ialah yang bertanggungjawab terhadap anak-anak serta menghormati pula ibubapa si gadis.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

spontaneous thursday 18


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Wednesday, June 20, 2012

10 Bangunan Paling Menakjubkan Di Dunia




1.Cubic Houses, Rotterdam, Netherlands

Piet blom mempunyai idea rumah padu pada tahun 1970-an. Sebahagian daripada mereka telah dibina di Helmond dan Rotterdam city meminta beliau untuk membina rumah di atas jambatan pejalan kaki dan dia memilih konsep ini.


2. Dancing Building, Prague, Czech Republic

Dancing Building itu adalah nama samaran yang diberikan kepada bangunan Nationale-Nederlanden yang terletak di pusat bandar Prague. Direka oleh Vlado Milunić kerjasama dengan Frank Gehry . Bangunan itu telah siap pada tahun 1996.


3.The Ufo House, Sanjhih, Taiwan

Rumah UFO di Sanjhih, Taiwan sebenarnya adalah sebuah projek resort terpencil. Ia memperoleh nama samaran ini dari Taiwan untuk reka bentuk futuristik yang pelik.


4.Kansas City Public Library, Missouri, United-States

Sebagai satu insentif untuk melawat perpustakaan reka bentuk di pusat bandar Kansas city dan telah dibuat dalam bentuk buku.


5.Ferdinand Cheval Palace a.k.a Ideal Palace, France

Ferdinand Cheval Palace dibina oleh seorang posmen di Hauterives, Perancis, yang bertujuan untuk digunakan sebagai kubur sendiri tetapi tidak mendapat lesen untuk itu. Istana Ideal beliau kini dikenali di seluruh dunia.


6.Forest Spiral Hundertwasser Building, Darmstadt, Germany

Hutan, Spiral Hundertwasser telah dibina pada tahun 2000. Direka oleh arkitek dan pelukis Austria, Friedensreich Hundertwasser bangunan itu mempunyai 105 pangsapuri dan ciri-ciri yang berwarna-warni dan reka bentuk organik.


7.Guggenheim Museum, Bilbao, Spain

Dibina oleh Nervion River Guggenheim Museum seni moden dan kontemporari telah direka oleh arkitek Amerika Kanada, Frank Gehry.


8.Bahá’í House of Worship a.k.a Lotus Temple, Delhi, India

Baha’i House of Worship kebanyakannya dikenali sebagai Lotus Temple telah dibina pada tahun 1986 dan Kuil Ibu benua kecil India. Ia adalah terbuka untuk rakyat semua agama.


9.Ripley’s Building, Niagara Falls, Ontario, Canada

Terkenal kerana koleksi perkara pelik dan sukar dipercayai dan artifak Ripley


10.The Crooked House, Sopot, Poland

Bermula dan selesai pada tahun 2003 House Crooked reka bentuk berdasarkan artis Poland dan buku-buku Kanak-kanak ilustrator, Jan Marcin Szancer dan Per itu Dahlberg. -SUMBER

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

wordless wednesday 19


p/s : jangan balik lambat okeyh
♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Monday, June 18, 2012

kek buatan tangan





p/s : tengok pada rupa macam tak menarik, tapi bila dah rasa mesti korang nak lagi.

mood : makin suka ke dapur
♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

new born : aiman faliq

assalamualaikum

lama mama lynn tak hupdated tentang aiman faliq bin ahmad firdaus ni. anak buah ketiga mama lynn ( my side) . aiman lahir 4.5.2012 yang lepas. hari ni genap umur aiman 45 hari means ibu aiman sendiri baru sehari habis berpantang. seronok nak sambung cerita mengenai perkembangan aiman faliq.


gambar
hari ni mood menupload gambar aiman ke fb cukup baik. kalau aiman ada, hp mama lynn ni mesti penuh dengan gambar aiman. aiman tidur, aiman menangis, aiman senyum.. semua moment mama lynn rasa perlu mama lynn captured untuk dijadikan kenangan. dulu masa aqeel & afif kecil pun mama lynn suka sangat ambil gambar mereka.

nama timangan
AIMAN FALIQ, namanya je dah cukup indah. apatah lagi maksudnya.

aiman =  Berkat, Yang bertuah, kanan
faliq = nama2 Allah

nama abg long aiman pulak ,
AFIF FIKRI

afif = Punya harga diri
fikri = Fikiranku, pemikir, pemikiranku

aiman, kami dah melekat pula dengan panggilan aeman dan afif sendiri ramai yang panggil afiq . mujur juga afiq bermaksud  "Yang mulia"

senyum
aiman dah pandai senyum bila diagah. pandai juga memberi respon. mama lynn tak lah pandai sangat menarik perhatian aiman tapi bila melihat respon aiman rasanya seronok pula.

melihat perkembangan aiman faliq, rasa tidak sabar melihat dia membesar menjadi anak yang soleh. mama sayang aiman sangat-sangat. seperti mana juga kasih sayang mama buat aqeel dan afif =) . moga anak2 kesayangan mama membesar dengan sihat dan gembira. amin.
tidur dengan lena
u make me smile

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

ikan jenahak 3 rasa

wahh sangat excited nak tulis entri ni. mama lynn memang suka bercerita tentang memasak ni. even kemahiran memasak tu still low level tetap jugak nak share. semalam ahmad fairuz a.k.a adik lelaki mama lynn request nak makan ikan tiga rasa (sweet sour). so mama lynn suruh dia g beli ikan siakap tapi apa yang di beli adalah jenahak. rm 32.00 untuk seekor. rasa kalau timbang ada gak 3kg.

kalau ikan dah besar camtu agak susah jugak la untuk mama lynn siang, so kerja tersebut diambil alih oleh ahmad fairuz. sementara ikan siap disiang tu mama lynn sediakan bahan2 lain pulak.

nak share resepi masak 3 rasa simple ala mama lynn

1. mula2 goreng ikan jenahak sehingga garing dan toskan minyak. 

2. biarkan ikan tersebut dan mula menumis bawang merah yang dicincang dadu bersama dengan sedikit hirisan halia (mama lynn tak guna bawang putih cos abis stok).

3. bila da naik bau tu masukkan cili kisar (jangan terlalu banyak). tumis sampai pecah minyak. bila da pecah minyak tu masukkan pula sos cili. campurkan air masak .

4. biarkan ianya merenih dan kemudian boleh la masukkan air asam (boleh ganti dengan asam keping untuk lebih rasa masam), gula , garam dan serbuk perasa. terpulang kat korang nak letak banyak . janji cukup dapat 3 rasa tu. 

5. selepas tu baru masukkan lada benggala dan timun. agak2 bila da masak boleh la tuangkan kuah 3 rasa tu ke atas ikan jenahak yang telah digoreng tadi. untuk rasa timun yang rangup make sure masukkan timun tu lambat sedikit dan jangan biar ianya di masak lama.

simple dan senang kan. balik kerja karang boleh la korang masak pulak kat rumah.






♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

duit datang duit pergi


p/s : mood : tak sempat nak buat entri panjang di hari isnin yang sibuk

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Friday, June 15, 2012

Andai Ku Bercinta Lagi - Mojo


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Thursday, June 14, 2012

jawapan segmen : teka filem 1

segmen : teka filem 1 dah pun melabuhkan tirainya. seperti yang dijanjikan mama lynn nak buat special entri untuk pemenang . even hanya ada 2 penyertaan , mama lynn tak nak la batalkan segmen ni. ape pun buat yang masih tertanya-tanya tentang segmen: teka filem boleh singgah di link INI .

tahniah buat akma danira yang berjaya meneka dengan tepat tajuk filem tersebut.

Cloudy With A Chance Of Meatballs


akma danira, mama lynn dah sedia follow blog kamu tau. sebagai sokongan kepada rakan blogger. ni buktinya :


sekarang nak review lak tentang blog akma danira ni. jujur mama lynn suka sangat tengok tatarias blog akma. simple and nice. apa yang menarik lagi beliau adalah seorang blogger yang support habis kawan2 blogger. banyak jugak segmen dan GA yang disertainya. yang pasti bila belek2 ada jugak segmen yang sama mama lynn join sekali.

pada semua, lepas ni boleh la singgah ke blog beliau. moga ikatan kita sesama blogger kan lebih erat selepas ini. insya Allah.


 
p/s : mama lynn dah rasa macam ayat2 motivater la pulak =). ape pun tunggu segmen: teka filem 2 di masa akan datang. semoga selepas ni makin ramai yang sertai dan bagi support .

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Number One For Me


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

spontaneous thursday 17


♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Wednesday, June 13, 2012

cash out nuffnang vs heartbeat

bila la nak cash out nuffnang mama lynn tu. alahai... sikit nya RM yang ada, still tak boleh nak cash out.

boleh tak nak promo sikit

"BUAT BLOGGER ATAU READERS YANG TERSAYANG, ada masa terluang tu sila2 la klik link iklan nuffnang tu, sambil cuci mata  @ bershopping dapat jugak bantu mama lynn jana pendapatan. boleh kan "

ehhh da ada akaun HB (heartbeat) la,

"BUAT SEMUA BLOGGER ATAU READERS YANG TERSAYANG, ada masa terluang tu jangan lupa jugak klik link heartbeat tu. banyak goodiest menarik di sana"

blogging ni boleh buat duit ker ?
terbukti ya tapi buat diri ni masih belum lagi cos tak cukup lagi untuk cash out duit yang ada dalam akaun nuff nang tu. so apa lagi, jom sama-sama bantu membantu. + cuba tengok kat atas dan side bar, mama lynn ada letak link both nuffnang & heartbeat.

kredit untuk Lyssa Faizureen yang sediakan tutorial HB tu =)
- "sayang u alls "

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

wordless wednesday 18



p/s : penggemar tegar minuman laici
♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Tuesday, June 12, 2012

Jangan Jadi Hamba Duit

dalam kehidupan ini siapa yang tak mahu jadi kaya, ada duit yang banyak. mesti terpahat dalam hati setiap insan dalam dunia ni nak hidup senang. wahh.. orang kata dengan duit boleh beli segalanya. betulkah semua benda boleh dimiliki dengan duit.


gambar : ihsan cik yahoo

orang tua kata kalau nak cari suami tu biarlah kerja bagus. hidup senang. senang cakap mesti dan wajib berduit. kalau dapat suami kurang berduit mesti hidup tak bahagia. siapa lah yang pandai sangat buat andaian ni. kalau kahwin dengan kelindan lori misalnya, tak kan tak mampu nak hidup bahagia.

ehh... duit tu jaminan kebahagian hidup kah ? adakah korang pasti bila ada duit dapat hidupkan orang yang dah mati ? atau korang rasa boleh beli isteri orang lain dengan duit yang menimbun.

kalau orang takde duit, mesti orang tak nak dekat. adakah orang yang ditakdirkan hidup susah itu menyusahkan orang lain ? tak habis2 persepsi macam tu dilemparkan. alasan tipikal orang yang memilih sebenarnya. Allah swt lebih mengetahui kenapa A ditakdirkan hidup senang dan B ditakdirkan hidup susah walaupun dia telah berusaha dalam hidupnya.

duit berkepuk-kepuk pun kalau iman tiada, kejar dunia semata-mata tidak berguna juga. berduit pun kalau takut luak kerana menderma pada fakir miskin tiada erti pun. takkan sebab derma rm10 luak duit yang berjuta tu. sedangkan fakir yang rela menderma rm0.10 lebih besar pahalanya jika dia ikhlas memberi.

p/s : maaf kalau entri ini agak emosi sedikit. geram bila orang dah berada di atas jadi tamak haloba dan memandang orang yang biasa ni macam tiada nilai. agaknya mereka rasa dengan duit mereka yang berkepuk tu boleh beli amalan kebaikan untuk dicatat nanti.
♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

"Saya Join GiveAway SyieMazlan"

sila klik SINI untuk join

menarik header ni, terus mama lynn terpikat untuk join G.A ni sama + hadiah yang disediakan juga agak menarik untuk di miliki. wish me luck okeyh

mama lynn nak tag :


due GA :  10/6/2012  hingga 1/7/2012

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

5 Perkara Yang Boleh Membantu Anda Untuk Lebih Mencintai Pasangan

cinta hati saya dunia akhirat.. insya Allah =)

Berikut adalah 5 perkara yang boleh membantu anda untuk lebih mencintai pasangan anda.


Buang ego di dalam diri
Buang sahaja sifat ego dan pentingkan diri sendiri, anda akan rasa tenang untuk mencintai si dia. kadangkala, anda sudah jumpa pasangan yang terbaik buat diri anda tetapi sikap ego telah menghalang anda dari mencapai kebahagian dengan si dia. Ego akan membuatkan anda hidup dalam kesedihan.

Sentiasa bersyukur.
Terima pasangan anda seadanya. Terima kebaikan dan keburukan yang dia ada dengan hati yang terbuka. Jika anda mahukan lebih dari pasangan anda, anda perlu terima diri dia seadanya dahulu.


Memberi.
Anda akan rasa lebih mencintai pasangan anda jika anda selalu memberi kasih sayang pada dia. Anda juga akan rasa bahagia apabila anda melihat dia bahagia.


Bersama – sama.
Lakukan perkara penting secara bersama – sama akan merapatkan lagi hubungan anda berdua. Seterusnya anda akan rasa lebih mencintai si dia kerana anda faham banyak perkara mengenainya.


Cinta.
Anda tidak perlu kata apa – apa, anda tidak perlu fikir apa – apa, anda hanya perlu terus mencintai dia. kadangkala anda berfikir terlalu banyak, sebab itu anda rasa hubungan cinta anda seperti terhalang. Tanpa perlu berfikir, anda terapkan sahaja perasaan cinta itu terhadap dia. -SUMBER
♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Hari Ini Dalam Sejarah "Awal"

gambar : dari hp sendiri =)

awal pagi dah kena bangun. kali ni memang superb awal. kebetulan mak mama lynn kena kerja di HKL untuk 3 hari ni. more too training untuk tambah knowledge + belajar management HKL macam mana di wad CSSD. haha korang paham tak mama lynn cakap ni. kalau tak paham abaikan je.

mama lynn kunci jam pukul 5 pagi tapi pukul 4.37 pagi mak mama lynn da kejutkan. terpisat-pisat jugak la nak bangun + diri ini mengantuk lagi. alahai , mak kena smpai HTAR pukul 6 pagi hari ni. gagahkan diri jugak ke bilik air, mandi then bersiap ala kadar. urmm solat subuh sure la kat opis, macam selalu.

pukul 5.30 pagi da smpai HTAR. mama lynn nak tercangak kat mana plak ni pagi2 ni. perut lak cam berlagu keroncong minta di isi. haii tak penah2 lapar time macam ni. boleh la habiskan masa kejap. mujur juga kat federal highway tu ada kfc. boleh la abiskan masa kejap sementara tunggu nak g opis. tak nak la sampai opis extra awal. selalu 45 minit awal kira okeyh la, ni sejam 30 minit awal. bekpes apa yang menarik kat kfc ni ha.. a.m riser pun ok jugak. rm 5.10, ehhh baru prasan dak kaunter tu tak pulangkan baki rm 0.10 . urmmm kira halal lah.

dah siap makan jam masih baru pukul 6 pagi, agghhh tak boleh jadi ni. nak tunggu apa lama2 kat kfc ni. better gerak g opis. thumb print tadi pukul 6.10 pagi. wahhh terbaik. "hari ini dalam sejarah" kot. tak penah2 awal. ishh nak kena sambung tido balik lepas subuh ni. masuk keje kul 7.30 pagi. awal sangat lagi ni.


mood : saya x cukup rehat la !!

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

Monday, June 11, 2012

rupa kek birthday abah

sabtu lepas mama lynn sempat singgah ke FB kak noormie . mujur juga kek yang mama lynn tempah untuk birthday abah mama lynn 23.5.2012 aritu kak noormie ada uploadkan. baru la dapat tengok hasil kerja tangan kak noormie. pada sesiapa yang tak tahu kisah "malang tidak berbau" , boleh baca di ENTRI ini.

pada sesiapa yang nak tempah kek tapi tak tahu di mana patut anda rujuk boleh la singgah ke page FB kak noormie "Noormie Eryn" . jaminan korang pasti berpuas hati dengan hasil kerja tangan beliau.


*


**


***





♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

UEFA Euro 2012



mama lynn bukan seorang wanita kaki bola, apa lagi sanggup berjaga di tengah malam sehingga lewat pagi untuk menonton perlawanan bola sepak. mama lynn perhatikan ramai blogger di luar sana yang membuat penulisan @ entri berkaitan EURO 2012. mulanya rasa tak perlu kot untuk mama lynn buat entri pasal EURO 2012 kerana mama lynn bukan seorang fanatik bola sepak + blogger di luar sana dah berikan info yang terbaik untuk kita ketahui.

TAPI ........ untuk support kawan2 blogger yang minat bola, mama lynn buat juga sedikit research tentang EURO 2012. sekurang-kurangnya ada jugak ilmu di dada. tak la zero knowledge terus. pagi ni sempat google EURO 2012. apa yang keluar adalah web2 yang ada entri tentang jadual perlawanan, lokasi stadium dan berita-berita terkini tentang EURO 2012.


di sini mama lynn nak nak kongsikan butiran pertandingan dan statistik pertandingan  :


dan ini pula, jadual perlawanan EURO 2012



untuk tempoh "8 Jun 2012 sehingga 1 Julai 2012" perhatian dunia akan tertumpu pada EURO 2012. cuma satu nasihat mama lynn jangan kerana kita terlalu addict dengan bola sehingga menyebabkan prestasi kerja kita menurun. untuk semua peminat EURO 2012, semoga pasukan yang anda pilih akan berjaya ke FINAL kelak.

♥ ♥ kunjungan anda dinanti lagi♥♥

 
copyright © 2013 to Mama Lynn | design by Aida Omar